26 May 2014

Cara Bayar PTPTN Secara Online Banking

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya akan berkongsi kepada anda bagaimana cara untuk anda membayar pinjaman PTPTN secara Online [Atas Talian]. Melalui cara ini ia lebih memudahkan anda untuk membayar pinjaman PTPTN. Berikut adalah beberapa cara atau altenatif untuk anda melangsaikan hutang anda:


Dalam tutorial ini saya akan tunjukkan secara terperinci pembayaran melalui Online Banking iaitu menggunakan CIMBCLICK . Syarat untuk membayar secara online anda wajib memiliki akaun Online banking seperti maybank2u, cimbclick, rhb, bankislam etc.

Tidak ada akaun Online banking? Saya rasa anda perlu buat akaun Online banking kerana ianya sudah menjadi satu keperluan di zaman yang semakin membangun ini. Tidak tahu buat akaun online banking? Saya sarankan anda buka akaun maybank kemudian buat akaun Online banking maybank2u. Baca tutorial cara buat akaun maybank2u dengan mudah sekiranya anda suda ada akaun maybank.

Berikut adalah cara-cara bayar PTPTN secara Online:

Langkah 1:
Pergi ke halaman >> http://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html
atau https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html

Langkah 2:
Masukkan No Ic anda dan Klik Semak

Langkah 3:
Klik Penyata kira kira pembiayaan UJRAH

Langkah 4:
Anda akan dibawakan ke Halaman Login. Masukkan no ic dan Password anda. Klu lupa password masuk no ic kemudian klik Lupa kata laluan? Saya sendiri pun lupa password.


Langkah 5:
Untuk yang lupa password, password anda akan di riset dan dihantar pada email masa anda mohon PTPTN mula2 dulu. Buka email anda dan dapatkan password baru yang di hantar oleh sistem PTPTN ke email anda.

Langkah 6:
Anda dah boleh login ke akaun anda

Klik Pada bahagian penyata akaun >> Kemudian Klik Bayaran Balik melalui FPX

Langkah 7:
Bayar Balik melalui FPX adalah secara ansurans mengikut kemampuan anda. Tidak ditetapkan pun jumlah yang anda wajib bayar pada bulan tersebut. As long as, anda bayar ikut tempoh masa. Contoh dlm tempoh 10 tahun dah langsai semua dah. Jadi kalau ada duit sikit better lagi bayar kan daripada duit itu lesap entah kemana. Bayar sikit-sikit pun takpe lama-lama boleh jadi bukuit.

Masukkan jumlah ansurans yang anda mahu bayar. Kemudian klik bayar.

Langkah 8:
Klik teruskan

Langkah 9:
Anda akan dibawakan ke paparan pembayaran Online Banking. Pilih jenis akaun bank yang anda ada kemudian masukkan alamat emali anda dan klik agree and continue

Langkah 10:
Anda akan dibawakan ke halaman login akaun banking online anda.

Langkah 11:
Anda akan lihat paparan seperti dibawah sekiranya anda bayar guna CIMBCLICKS


Langkah 12:
Anda akan terima resit digital dari laman PTPTN yang menandakan anda dah berjaya bayar dengan jumlah sekian2. Print resit tersebut atau save as PDF sebagai rujukan anda.


UPDATE:
Cara ini sedikit complicated dan mengalami masalah apabila ia cuba membuat sambungan ke mepsfpx. Saya sarankan anda guna cara bayar PTPTN melalui Maybank2u



P/S Saya boleh katakan hampir 63.4% pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS melakukan pinjaman PTPTN. Even yang berkemampuan pun still nak pinjam juga. Saranan saya, jadikan PTPTN sebagai last choice, cuba mohon biasiswa terlebih dulu. Bukan apa, bunga tetap ada bro, Saya pinjam PTPTN selama 5 semester dan skrg dah cuba try bayar sikit2 melalui site income sebagai part time grafik design, photographer dan blogger. Kepada hadek2 yang nak lanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Degree please make a good choice. Pesanan ikhlas dibawakan oleh Lu Pinjam Lu Kena Bayar Lorh.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post