17 July 2014

Cara Daftar Paypal Dengan Akaun Maybank


Asalamualikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana mendaftar Paypal dengan Akaun Maybank anda. Sebelum itu adalah lebih elok kita pahamkan terlebih dahulu apa itu Paypal. Paypal adalah satu sistem penghantaran/penerimaan wang secara online yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Dengan adanya akaun paypal, ia membolehkan anda untuk shopping secara online dan menerima wang secara online hanya melalui email paypal anda sahaja. Zaman yang berkembang ini, akaun paypal adalah suatu kemestian yang perlu dimiliki bagi mereka yang melakukan pembelian secara online atau memiliki perniagaan atas talian.

Saya pun mahu tak mahu kena follow trending semasa dan terhasilah akaun paypal yang saya gunakan khusus untuk menerima bayaran dari advertiser secara online juga saya gunakan untuk melakukan pembelian di ebay bagi mendapatkan barang yang harga lebih murah sedikit berbanding harga pasaran tempatan.

Sebelum ini, saya ada kongsikan artikel cara buat akaun maybank2u dengan mudah . Jika anda belum memiliki akaun maybank2u adalah lebih baik anda telaah artikel tersebut. Baiklah saya akan tunjukkan langkah demi langkah mendaftar akaun paypal anda.

Langkah 1:
Pastikan anda memiliki akaun debit/credit maybank atau cimb kwik dll

Maybank Card Versi Superman

Maybank Card Versi Cherry
Langkah 2:
Pergi Ke laman rasmi paypal Malaysia >> https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/pay-online
Kemudian Klik SignUp


Langkah 3:
Pilih Individual akaun khusus untuk anda melakukan pembelian bukan untuk perniagaan anda. Klik Get Started
Langkah 4:
Masukkan segala informasi yang diperlukan


Setelah anda mengisi segala informasi yang diperlukan. Klik Agree and Create Account

Langkah 5:
Lakukan Verifikasi akaun paypal anda dengan email anda
Klik get verify kemudian klik Confirm email addres

Langkah 6:
Anda akan menerima email dari Paypal seperti berikut:
Klik pada pautan link yang membolehkan anda mengaktikan akaun paypal anda seperti yang saya tanda dengan kotak merah.

Langkah 7:
Masukkan password paypal anda dan klik login.

Langkah 8:
Pilih soalan yang anda mahu berserta jawapan bagi tujuan keselamatan
Klik Submit

Langkah 9:
Linkkan akaun maybank anda dengan Paypal
Klik Continue pada Pay with my Credit/Debit Card

Langkah 10:
Masukkan no debit serta tarikh luput kad anda pada bahagian depan dan no csv (3-digit) kad debit anda pada bahagian belakang
Kemudian klik Continue

Langkah 11:
Sekarang anda hanya perlu menunggu kad ATM Debit anda untuk di verify oleh pihak Paypal
Pada kebiasaanya proses verifikasi memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 hari masa bekerja. Macam masa saya buat dalam 2 hari jer diaorang perlukan untuk verify ATM Debit kad saya.

Setelah ATM Debit kad anda di verify, RM10 akan dipotong dari akaun anda dan RM10 ini akan dipulangkan semula juga ke akaun anda setelah anda masukkan kod 4 angka.

Langkah 12:
Lakukan Confirmation Kad dengan Kod 4 angka yang diperolahi dari transaksi Online


Login terlebih dahulu ke akaun maybank2u anda. Dan klik pada bahagian Akaun & Banking >> Wardiah Saving Account >> Debit Card History

Langkah 13: (Optional)
Sekiranya anda kurang pasti di manakah hendak diletakkan kod 4 angka tersebut. Login ke akaun paypal anda dan klik My Account >> Profile >> Add or edit Credit Card


Okey selesai membina akaun Paypal. Anda kini boleh membeli-belah secara online tanpa batasan selagi akauan Paypal anda ada isi. Hampir 90% syarikat yang melakukan urusniaga jual beli atas talian menggunakan akaun paypal.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post