-->

24 March 2015

Pengalaman Beli Iphone di Lazada


Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini adalah merupakan pengelaman saya yang pertama membeli barangan secara online mencecah sehingga 2k++. Biasa saya cuma membeli secara online paling tinggi pada harga RM200. Nak beli pun takut-takut berani, disebabkan Iphone out of stock kat Karamunsing Kota Kinabalu, Sabah sebab tu saya beli juga.

Saya beranikan diri untuk membeli (Original) Apple iPhone 6 16GB (Gold) pada laman rasmi Lazada . Seperti semua sedia maklum, Lazada adalah laman pembelian secara online yang terbesar di Malaysia.

Proses order adalah sangat mudah, dan pembayaran saya lakukan secara online melalui Cimb Clicks. Item yang saya order pada 28/2/2015 adalah (Original) Apple iPhone 6 16GB (Gold) dan Momax iPhone 6 / 6 Plus Clear Twist Back Case 0.6mm Ultra Thin .

Selepas 3-4 hari dari tarikh order dibuat Item yang saya terima hanya Momax iPhone 6 / 6 Plus Clear Twist Back Case 0.6mm Ultra Thin yang di hantar melaui perkhidmatan SkyNet. Manakala sehingga entri ini dipublish saya masih lagi belum menerima (Original) Apple iPhone 6 16GB (Gold) yang saya order bersama-sama dengan Momax iPhone 6 / 6 Plus Clear Twist Back Case 0.6mm Ultra Thin.


Lazada Malaysia Penipu?

The most important thing untuk gain customer adalah trust. Saya berikan kepercayaan saya 100% dengan Lazada tetapi sehinggi kini masih belum lagi menerima item saya (Original) Apple iPhone 6 16GB (Gold) yang berharga RM2K++. Saya akan label Lazada sebagai penipu. Barang dah sampai kat tangan saya pada 17/4/2015. Lazada bukan penipu cuma kecuaian dari pihak penghantaran.

Saya ada cuba menghubungi pihak Lazada berkenaan item yang saya order. Tetapi tiada respon yang mereka berikan yang ada hanyalah auto Respon melalui email.


Usaha saya tidak terhenti disitu sahaja. Saya ada juga komen kat laman rasmi Facebook Lazada Malaysia . Berikut adalah jawapan yang saya terima dari mereka:



Hoho, masih dalam proses siasatan lagi. Macam detektif conan lah pula. Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai limitasi kesabaran tersendiri. Dah kira okey lah ni saya mula bising kat blog pada minggu 3 tempahan tak sampai-sampai lagi.

Entri ini akan kekal di google search engine sehingga kes ini berjaya di selesaikan oleh Pihak Lazada. Saya akan update dari semasa ke semasa mengenai perkembangan Order ini.

Berikut adalah kronologi tempahan yang saya lakukan di Lazada.


Nampak tak permainan kat situ, Update terhenti kat GDEX pada 04-03-2015. Entri ini sama sekali tidak bertujuan untuk menjatuhkan martabat Lazada sebagai shopping online yang Popular di Malaysia, Tetapi sebagai teguran ikhlas untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada.

UPDATE:
- 26/3/2015 Saya dah hubungi servis center lazada dan staff dia kata, barang yang saya order maybe hilang. Skrg diaorang tengah tunggu conformation dari pihak GDEX 24-48 jam. Saya dah mula geram. Barang mahal tak sampai2, barang murah cepat sampai.

- 31/3/2015 Staff yang saya call tak dapat bagi jawapan. Dia suh saya tunggu lagi 24 jam untuk semak status barang saya yang entah ke mana.

- 1/4/2015 Saya hubungi lagi servis center lazada, dan staff dia kata barang saya telah dihilangkan oleh pihak GDEX. Skrg dioarng dalam proses nak claim dr GDEX. Mungkin makan masa 5-7 hari baru dapat refund semula duit saya.

- 8/4/2015 Menghubungi pihak lazada untuk yang kesekian kalinya. Saya follow up berkenaan proses refund yang tak settle lagi. Mereka janji 5-7 hari, so tadi staff dia dah minta details akaun bank. Dia janji akan cuba selesaikan dalam masa 24 jam.

- 10/4/2015 Staff lazada ada call saya dan dia tanya sama ada saya nak proceed refund atau diorang hantar semula barang yg saya order. Saya kata kalau barang boleh sampai proceed kepada order kalau tak boleh sampai saya nak refund. Dia cakap In Syaa Allah sampai, sbb yang sebelum ni order saya xde masalah, yang masalah cuma pada proses penghantaran oleh GDEX .

Ker Lazada nak tuding jari kat GDEX, saya pun tak pasti. Yang pasti reputasi GDEX menurun sebab tak dapat delivery order saya. Nanti diaorang akan hubungi saya bila dh mula deliver order saya.

Pengelaman ini telah mengurangkan kadar kepercayaan saya terhadap LAZADA. Kalau diaorang selesaikan kes saya cepat tak apa juga, Ini dah masuk 40 hari dari tarikh bayar lagi tak selesai-selesai. Baru terhegeh-hegeh nak proceed penghantaran baru.

Kalau tak sampai juga penghantaran kali kedua ni, saya nak refund je lah. Penat dah tunggu macam orang bongok. Lepas ni kalau nak beli barang online kat LAZADA kena beli barang yang murah-murah je. Sebab sebelum ni saya ada beli casing iphone dalam RM35 x silap saya. Barang tu hanya makan 3 hari je terus sampai kat tangan saya. Bila beli iphone yang harga 2K++ tak sampai-sampai.

Hmmm , Sabo je lah, status skrg masih menunggu seperti orang bongok penghantaran kali ke 2 oleh pihak LAZADA .

Dapat email dari Lazada seperti berikut;

Returned item? What the fish, sy x pernah pun terima item macam mana nak return. Haha. Ker system Lazada memang macam tu bila item hilang/x sampai diorang akan assume return item utk proses penghantaran baru.

Di janjikan dalam email tersebut dalam masa 2 hari bekerja. Isnin & Selasa, So, di anggarkan saya bakal terima item tu Rabu or Khamis ni 16/04/2015. Bila item dh dapat saya akan update.

16/4/2015 Hari ni call lg cs lazada, nak follow up berkenaan status penghantaran. Dia kata barang tu expected akan sampai pada 23/4/2015.

17/4/2015 Barang yang dikirim melalui SkyNet buat kali kedua berjaya sampai ke tangan saya. Alhamdulilah kes sudah selesai. Barang yang saya beli dari Lazada dah sampai walaupun sebelum ini ada masalah pada penghantaran kali pertama melalui GDEX.

KESIMPULAN:
Beli online ni kena ada kesabaran yang tinggi jika ada berlaku sesuatu masalah yang tidak di jangka. Lazada adalah TRUSTED company online . Kalau ada masalah berkenaan order anda HUBUNGI mereka untuk FOLLOW-UP order anda. Kalau tak sampai diorang akan refund duit anda itu pun makan masa yang agak PANJANG BERJELA. Beli online ni ada kebaikan dan keburukannya, sendiri mau tau loh.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post