1 May 2015

Dilema Wanita Belum Berkahwin


Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entri ini dah lama aku nak tulis tapi tak tertaip dek kerana kesibukan dengan beberapa website lain. Dahulunya blog ini aku nak fokus kan dengan tutorial grafik sahaja tapi dah lain macam jadinya. Dah jadi blog rojak. Hentam saja lah labu.

Setiap manusia yang lahir di muka bumi ini pasti pernah merasakan sesuatu yang di sebut DILEMA. Penggunaan terma dilema biasanya mengkhususkan kepada wanita sahaja. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa? Yang pasti aku belum pernah lagi menyaksikan rancangan dilema lelaki yang muncul di kaca tv.

Berbalik kepada tajuk entri, aku akan cuba listkan beberapa dilema yang mungkin dialami oleh seorang wanita yang berjantina perempuan. Aku akan cuba listkan dalam bentuk point berserta sedikit huraian bagi memudahkan proses hadaman berlaku sekiranya anda berminat untuk membacanya.

1. Study Setinggi Gunung Kinabalu Tp Takde JODOH

Zaman sekarang memang boleh dikatakan wanita lebih bijak daripada lelaki . Bijak disini merujuk kepada peratusan kemasukan pelajar ke IPTA/S. Kebanyakan Instituti Pengajian Tinggi dikuasai oleh golongan Wanita dan menjadikan golongan lelaki berkurangan di IPT.


Kenapa susah nak dapat JODOH bila study tinggi-tinggi?, berdasarkan penemuan artifak yang tidak berkaitan wanita yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi seperti MASTER, PHD tidak akan terfikir untuk bercinta masa zaman DEGREE. Fokus mereka hanya ingin mendapatkan title PHD, mereka tidak mahu di ganggu dengan dilema bercinta.

Kalau pun terdapat wanita yang ingin bercinta ketika zama DEGREE, mereka gagal mendapatkan cinta mereka dek kerana golongan lelaki yang kehabisan STOK atau semakin PUPUS di IPTA/S.

Keadaan menjadi lebih sukar lg selepas tamat pengajian kerana golongan lelaki yang tidak setaraf dengan wanita yang ada title degree menjadikan diri mereka sukar didekati. Di tambah lagi dengan beban hutang PTPTN yang akan menjadi tangungjawab si Suami setelah mengawini peminjam tegar PTPTN. Kesannya menjadikan golongan bijak pandai tidak berkahwin dan membuatkan mereka dalam dilema.

2. Tidak Cantik dan Menawan

Ini antara dilema yang acap kali dihadapi oleh seorang wanita yang menganggap diri mereka tidak cantik dan menawan. Sebab itu tiada seekor lelaki pun yang berani mendekati mereka. Kesan ini menjadikan diri mereka kurang keyakinan diri dan malu untuk berdepan dengan rakan-rakan lain kerana hilangnya keyakinan diri yang dibina semenjak menganjak usia dewi remaja.


Kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dengan wanita walaupun di bakar dengan api yang membara. Tapi mereka yang tidak memiliki rupa paras yang cantik membuatkan mereka terasa apabila berjalan bersama dengan rakan lain yang jauh lebih cantik. Ia akan merasakan kehadiranya tidak disedari oleh mana-mana lelaki kerana fokus lelaki adalah pada kawannya yang cantik sahaja.

Perkara ini boleh diatasi dengan mengamalkan sedikit produk kecantikan yang boleh dijadikan umpan untuk mombolehkan lelaki cuba mengenali diri anda. Sudah menjadi fitrah seorang lelaki yang suka melihat kecantikan, kadang yang dah kahwin pun macam tu bila pandang something yang lebih cantik dari wife dia, dgn pantas lehernya bertukar arah.

3. Terpaksa menganggung Lelaki

Mungkin jarang berlaku, tetapi pernah berlaku di mana wanita terpaksa menanggung teman lelakinya. Menanggung disini bukan merujuk kepada menganggung kesalahan teman lelaki tetapi menanggung kos-kos perbelanjaan sampingan teman lelaki.


Benda ini nampak macam simple tetapi sememangnya terdapat wanita bekerjaya mahupun tidak yang terpaksa menggunakan duit simpanan mereka untuk membantu teman lelaki yang mereka kasihi membelikan topup, coki2, meggi, etc. Sikap teman lelaki yang sebegini menjadikan mereka dilema samada mahu jadikan lelaki tersebut sebagai husben atau sampah.

4. Susah nak Percaya Lelaki

Keadaan ini menjadikan wanita tidak berkahwin kerana kadar kepercayaan terhadap golongan lelaki semakin pudar disebabkan kisah cinta silam yang mereka alami yang mendukacitakan. Wanita menganggap lelaki sama sahaja berdasarkan kepada pengelaman pahit dan masin yang mereka alami berkali-kali. Ini menjadikan mereka lebih suka hidup sendiri dan memegang title ANDARTU.


Bila pintu hati wanita sudah tertutup rapat maka adalah sukar bagi mana-mana lelaki memperisterikan beliau melainkan dibukanya pintu hatinya dengan redha menggunakan kunci kesetiaan dan ketulusan mencintainya sedalam mana yang paling dalam.

5. Hendak dilepaskan tetapi Cair semula, kemudian move on lah

Pernah dengar ayat macam ni tak? "Teman lelaki saya seorang yang suka mengambil berat tentang diri saya, masalahnya dia juga mengambil berat tentang orang lain termasuk orang yang gemuk. Tetapi saya masih sayangkan dia" At last dia bagitau dia masih sayang sudah pasti wanita ini dalam dilema untuk membuat keputusan samada ya atau tidak.

Aku tidak menyangkal dengan fakta yang mengatakan kadar kesayangan wanita lebih tinggi dari lelaki. Ini kerana apabila wanita dah sayang dan bercinta selama mna yang mampu dia akan sayang  setulus hati walaupun dia tahu kentut teman lelakinya bau hancing. Dia akan cuba menerima sedikit kekurangan yang ada pada diri teman lelakinya. Kadar kesetiaan wanita tu lebih tinggi, itulah hebatnya wanita tapi tidak 100% wanita macam tu lah sebab aku ada juga baca kes teman lelaki di tinggalkan oleh wanita kesayanganya tapi jarang berlaku.

Kesimpulannya setiap wanita yang lahir di muka bumi berhak bahagia. Tidak semestinya perkahwinan itu menjanjikan kebahagiaan tapi adakah bahagia bila hidup bersendirian tanpa seorang anak dan suami. Renung-renungkan dan selamat merenung. Bila dah berkahwin dilema yang bakal dihadapi sudah pasti berputar arah 180 darjah berdasarkan kajian mengoogle menggunakan keyword tertentu.

Apa pun yang telah berlaku di masa lalu kita tidak boleh putar untuk kembali memperbaikinya. Kita hanya mampu menjalani kehidupan seperti biasa seperti kata omputeh "MOVE ON" bagi meniti hari-hari bahagia satu hari nanti...
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post