banner
banner
banner

12 October 2017

20 Sebab Kenapa Wajib Menonton Filem Tombiruo!

20 Sebab Kenapa Wajib Menonton Filem Tombiruo!

1 - Ia adalah adaptasi novel Tombiruo yang telah terjual 100 ribu naskah nukilan penulis thriller NOMBOR SATU MALAYSIA iaitu Ramlee Awang Murshid!

2 - Opening filem yang sangat bombastik! 5 minit pertama memang capture attention penonton dengan keunikan hutan negeri Sabah dan tersergam indah Gunung Kinabalu. Wow!

3 - Bam!! Tiba-tiba saja muncul perkataan TOMBIRUO di layar kaca. Memang taraf Hollywood!

4 - Plot cerita yang lancar dari awal sampai akhir! Satu persatu dirungkai dengan penuh halus dan mendebarkan!

5 - Pelakon mantap gila! Mula-mula saja kau akan nampak Faizal Hussein yang jumpa sesuatu dan kemudian beralih kepada M Nasir! Mereka ni living legend, perkataan yang keluar daripada mulut mereka atau riak wajah adalah bernilai!

6 - Kemunculan WAN SURAYA! Si Nabila Huda itu pun tiba-tiba bertanya soalan kepada Tuan Berham dari celahan orang ramai sambil memperkenalkan diri sangat berkerisma! Hinggakan Tuan Berham lakonan M Nasir terkesima dengan lontaran soalannya. Dan ini menunjukkan betapa berwibawanya WAN SURAYA sebagai wartawan!

7 - Keunikan bahasa Sabah (Bahasa Kadazan Dusun kalau tak silap) yang jarang diketengahkan dalam filem Malaysia! Sangat misteri, unik dan menarik untuk didengar. Pengertiannya juga sangat indah seperti PERKATAAN PERTAMA di filem ini iaitu GOMINAVU ZOU DIAU bermaksud AKU CINTA PADAMU.

8 - Hutan. Hutan adalah latar utama dan boleh nampak macamana hutan boleh membantu manusia dan bagaimana juga hutan boleh membinasakan manusia! Hutan nampak liar sebagai latar tapi hutan juga berjasa dan melindungi manusia yang dimahukannya.

9- ZUL ARIFFIN. Benar, tarikan filem ini adalah Zul Ariffin yang berbadan sasa itu! Meskipun tiada satu pun babak menunjukkan wajahnya. Pergerakannya saja sudah cukup membuktikan bagaimana bersemangat dan berdedikasinya Zul Ariffin menjayakan watak EJIM aka TOMBIRUO ini! Nampak benar yang kali ini lakonan Zul Ariffin bukan sekadar wajah!

10 - Kesemua pelakon meskipun watak tambahan mahupun tempelan memberikan makna kepada filem. ATU ZERO, FAYE KHUSAIRI, watak ORANG GILA kesemuanya memberi makna-makna dan bahasa filem. FAYE meninggal memberi petunjuk, ORANG GILA yang diselamatkan memberi maklumat dan ATU ZERO memberikan dedikasi kepada pekerjaan.

11 - Kamera tidak seperti kebiasaan. Ada banyak kedudukan kamera sesuai dengan keadaan babak. Babak cemas ini anglenya, babak mendebarkan ini anglenya, babak sedih ini anglenya, babak cinta ini anglenya. Dan misterinya satu babak ada kaitan dengan shot kamera dan mood cerita. Membuatkan mata penonton tak berkelip! Pergerakan kamera dan babak selaras dengan keadaan dan memberi makna dan emosi pelakon serta pergerakan cerita.

12 - Babak lawan. Babak lawan memang mantap habis! Melompat ke sana sini EJIM menewaskan musuh dan kemudian muncul pula AMIR yang cuba memusnahkan si TOMBIRUO dan babak lawan paling mendebarkan adalah babak lawan di awal filem dalam air dan sedang hujan. Memang mantap over the top tahap antarabangsa bukan seperti biasanya! Dan rupanya si HASNOL pun dahsyat gila berlawan walaupun dalam movie awalnya dia biasa-biasa saja!

13 - SEMANGAT! Apa yang boleh didapati dari setiap watak adalah SEMANGAT. Semangat WAN SURAYA untuk mencari berita walaupun nyawa menjadi taruhan! Semangat AMIR mencari TOMBIRUO yang dia percaya ada kaitan dengan kepergian isterinya dan semangat EJIM untuk melindungi semua! Semangat yang kadangkala di salahertikan! Semuanya berkaitan dengan SEMANGAT! Dan semangat MONSIRUI yang cuba menyelamatkan kembar yang sepatutnya mati. Semangat alam juga tidak terkecuali!

14 - PENGARAH ternama! Beliau adalah penulis dan pembuat visual effect (CGI) untuk filem hebat Hollywood seperti THE MATRIX, MATRIX RELOADED dan STAR WARS : THE REVENGE OF SITH. Memang mantap dan boleh nampak macamana pengarah meletakkan TOMBIRUO di tahap sama! Visual effect memang kebabom!

15 - ENDING CREDIT yang menimbulkan tanda tanya! Dahsyat filem Malaysia mana pernah ada ENDING CREDIT! Dan pula ENDING CREDIT menulis perkara lain! Apakah misteri tak habis lagi! (Tahu novel ada 3 bersambung) tapi ending credit tak menunjukkan langsung ada upcoming movie atau tak!

16 - KASIH SAYANG. Walau siapapun EJIM, Pondolou tetap menyayangi dan mengingatkan EJIM tentang kebaikan. Mengajar yang mana salah kerana tahu kekuatan Ejim. Pondolou hanya manusia biasa, dia mampu mengawal Ejim kerana dia sayangkan Ejim. Juga kerana sayang Ejim melindungi Wan Suraya! Dia tahu mana satu benar mana satu salah. Dan perkataan CINTA yang diajar kepadanya membuatkan Ejim tahu dan sedar.

17 - Kritikan Masyarakat. Buruk hina adalah jahat! Berkuasa berpangkat perlu dihormati. Lapis-lapis masyarakat ini boleh nampak melalui filem ini. Manusia selalu takut dengan bayang-bayang sendiri. Indah mesti cantik, kaya mesti selamanya kaya sedangkan ada perkara lebih utama dari sekadar indah dan kaya.

18 - 1 JAM 55 MINIT! Terasa cepat berlalu macam tengok setengah jam sahaja! Cerita bergerak pantas hingga tiada unsur lewah dalam penterjemahannya. Hingga mahu keluar pun terasa rugi, hingga terlelap walau sedetik ketakutan tertinggal ceritanya!

19 - TOMBIRUO adalah urban legend masyarakat Sabah yang jarang diketengahkan di mana-mana medium. Balik-balik pasal Gunung Kinabalu atau tempat bersejarah walhal masih banyak lagi cerita unik yang belum ditonjolkan. Ini menampakkan perbezaan. Nak kata TARZAN SABAH pun satu pencapaian! Cerita yang hanya cerita diangkat menjadi filem dan nyatanya tidak mengecewakan.

20 - SKRIP terbaik. Inilah yang paling penting. Penonton akan tertarik jika kata-kata pelakon ada nilai dan makna. Inilah kekuatan sebenar filem ini selain pelakon yang jelas mantap juga lontaran suara dan cara lakonan mereka. Setiap satu perkataan yang diungkapkan adalah penjelasan dan inilah tunjang utama filem TOMBIRUO.

p/s -- kalau 5 jam sekalipun, sanggup tengok dan memang takkan perasan masa berlalu! Tahniah team produksi filem TOMBIRUO. Tahniah mengangkat kisah terpencil dari bumi hutan belantara Keningau Sabah ke mata dunia! Tahniah menterjemahkan karya berkualiti dengan hasil berkualiti! 100 bintang di langit and..... WE NEED MORE! 👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏

Di Review Oleh: Muhammad Fatrim
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
banner