-->

14 December 2017

Bajet 2018 Ptptn Diskaun 20%


Bajet 2018 kini memperuntukan sebanyak 20% diskaun bagi Penyelesaian Penuh Pinjaman atas Baki Hutang iaitu 5% peningakatan diskaun daripada Bajet 2017.

Berikut adalah beberapa persoalan beserta jawapan mengenai Bajet 2018 PTPTN:

Soalan 1 :
Siapakah yang layak mendapat diskaun 20% ini?

Jawapan :
Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Oktober 2017 hingga 31 Disember 2018 layak mendapat insentif ini.

Soalan 2 :
Adakah pemberian diskaun 15% di bawah Bajet 2017 diteruskan?

Jawapan :
Dengan pelaksanaan diskaun 20% di bawah Bajet 2018, pemberian diskaun 15% berakhir pada 26 Oktober 2017.

Soalan 3 :
Bagaimana mendapatkan keseluruhan baki hutang pinjaman?

Jawapan :
Keseluruhan baki hutang pinjaman boleh diperolehi secara online di Portal Rasmi PTPTN ( www.ptptn.gov.my ) dengan memilih ikon Bajet 2018 . Peminjam juga boleh menghubungi talian Careline 03-2193 3000.

Soalan 4 :
Bagaimana dengan peminjam yang telah mendapat pengesahan baki untuk penyelesaian penuh sebelum 27 Oktober 2017?

Jawapan :
Bagi peminjam yang telah mendapat pengesahan baki tetapi belum membuat bayaran penyelesaian penuh, perlu mendapatkan semula pengesahan baki baharu untuk penyelesaian penuh.
Manakala bagi peminjam yang telah membuat penyelesaian penuh pada 27 sehingga 31 Oktober 2017 menggunapakai jumlah pengesahan baki dengan diskaun 15%, lebihan bayaran balik akan dipulangkan.

Soalan 5 :
Bagaimanakah diskaun 20% ini dikira?

Jawapan :
Diskaun 20% ini dikira berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.

Soalan 6 :
Bagaimanakah kiraan diskaun bagi peminjam yang telah membuat bayaran melebihi 50% daripada keseluruhan baki hutang sebelum 27 Oktober 2017 dan membuat penyelesaian penuh selepas 27 Oktober 2017?

Jawapan :
Peminjam akan diberikan diskaun 10% bagi bayaran sebelum 27 Oktober 2017 dan 20% bagi bayaran penyelesaian keseluruhan hutang yang dibuat selepas 27 Oktober 2017.

Contoh Pengiraan
Baki hutang keseluruhan pada 1 Okt 2017    =  RM15,000
a. Bayaran pada 10 Okt 2017                        =  RM 7,500
Diskaun 10%                                              =  RM 750

Baki hutang pada 27 Okt 2017                      =  RM 6,750
b. Bayaran balik pada 28 Okt 2017             =  RM 5,400
Diskaun 20%                                           =  RM 1,350

Soalan 7 :
Bilakah diskaun 20% akan diberikan?

Jawapan :
Diskaun 20% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 20% diselesaikan.

Semakan penyata pinjaman boleh dibuat dengan memilih ikon Semakan Penyata Pinjaman (link dengan Penyata Pinjaman) di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Peminjam perlu memasukkan kata laluan. Sila hubungi talian Careline 03 - 2193 3000 untuk info lanjut.

Cara Login untuk melihat baki pinjaman PTPTN Keseluruhan

Langkah 1:
Pergi ke link >> http://www.ptptn.gov.my/bajet2018/

Langkah 2:
Log masuk dengan memasukan no kad pengenalan dan no pinjaman

Langkah 3:
Klik pengesahan baki online

Langkah 4:
Masukkan maklumat no telefon bimbit dan alamat email anda kemudian klik SIMPAN

Langkah 5:
Anda akan memperolehi maklumat Jumlah Keseluruhan Baki Hutang Pinjaman dan Jumlah Penyelesian Baki Hutang Pinjaman Selepas Diskaun 20%.

Klik cetak dan bawa slip ke kaunter PTPTN untuk membuat bayaran penyelesian Penuh.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post