-->

14 April 2018

3 Bukit Dalam Sehari, Tambunan Sabah


Cabaran 3 Bukit Dalam Sehar i, Tambunan Sabah atau lebih di kenali 3Hill1Day merupakan antara aktiviti yang menguji fizikal kerana anda perlu mendaki sebanyak 3 Bukit dalam masa sehari.

Gambar dulu sama Team LD

3 Hills 1 Day yang berlansung  pada 7 April 2018 merupakan penganjuran kali yang ke 10 oleh pihak penganjur dan orang kuat dalam penganjuran event ini ada lah Mr. Obu. Penganjuran kali pertama adalah pada Oktober 2016.


Semua bukit terletak di Kampung Sunsuron Tambunan Sabah iaitu Gunung Wakid (1372M), Bukit Dampasak (950M) dan Bukit Kolindasan (1130M) . Secara totalnya anda akan mendaki dengan ketinggian 3452M dalam masa sehari.

View puncak Pertama Gunung Wakid

Tidak di wajibkan juga oleh pihak penganjur untuk menghabiskan pendakian ketiga-tiga bukit tersebut, namun sekiranya fizikal anda masih lagi mampu adalah di galakkan untuk melakukan pendakian ketiga-tiga bukit.

Pendaftaran Peserta
Di anggarkan sekitar 100 lebih peserta yang mendaftar 3Hills1Day ini. Memang sangat-sangat meriah dan turut menerima peserta dari labuan, lahad datu, dll.

Ambil Energy dulu dari Matahari

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM95 termasuk Sijil+Medal+Guide+Tshirt+Makan Ringan T.Hari+Water Station+Makan Petang. Saya rasa ianya nya sangat berbaloi dan menjadi kepuasan bagi saya sendiri sebagai salah satu perserta 3Hill1Day yang complete ketiga-tiga bukit walaupun agak lambat.. Hihi.

Bersedia untuk mendera Kaki
Ini adalah peserta paling muda menawan Gunung Wakid.. hee
Demi mahu mengelak kasut basah sanggup menyusuri batu-batu dan melompat katak.
Peak Gunung Wakid dengan ketinggian 1372M
Bermula turun dari Gunung Wakid untuk ke Water Station kami mula terpisah di sebab kan cara turun yang berbeza. Ada orang turun guna free gear, ada yang turun guna free gear tapi tarik handbreak, dan ada yang turun guna gear 1 atau 2.

Setelah sampai di water station, pihak penganjur menyediakan air untuk refill dan makanan yang tidak terlalu heavy sebagai pengalas perut untuk meneruskan pendakian ke bukit ke 2.

Perjalanan ke Bukit Dampasak
Wajib lalu sungai untuk ke bukit dampasak. Maw elak sarung kaki basah kena lah buka kasut sambil berenang di dalam sungai .

Lalu Sawah Padi lagi untuk ke Bukit Dampasak
Laluan agak curam menandakan semakin hampir ke puncak Dampasak
Puncak Bukit Dampasak (950M)
Misi seterusnya adalah menawan bukit yang ketiga iaitu Bukit Kolindasan (1130M). Walaupun merupakan Team yang last sekali untuk mendera kaki di bukit Kolindasan ia sama sekali tidak menghalang misi ini terlaksana. Bak kata pepatah biar lambat asal Sampai.

Laluan Ke Bukit Kolindasan
Finally berjaya sampai ke Puncak Bukit Kolindasan.
Seperti biasa trademark saya menandakan cabaran 3 bukit dalam sehari berjaya di laksanakan adalah lompat kijang campuran jumping smash.

Task Complete. Tq Emma ting tang ting tlg snap.
Event ini sangat-sangat menyeronokan dan penganjuran yang agak baik oleh pihak Penganjur iaitu Mr. Obu. Oleh yang demikian saya menyeru kepada mak cik2 bawang, anak2 muda, penjawat awam, dan manusia-manusia yang berminat menyertai event ini di masa mendatang boleh lah menghubungi Mr. Obu 010-955 0012 .

Yoku Teruja


Kredit Photo: Cons Photography, Pija LD
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post