8 November 2013

Tentang Penulis

Asalamualikum dan Salam Sejahtera

Jutaan dan Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi singgah melawat kat blog yang tak seberapa ini. Sebelum itu adalah lebih elok saya perkenalkan diri, Nama di beri Rahmad tetapi lebih mesra di panggil Mad, Mat, Rahmad Bah, Mamat .


1. Dilahirkan sekitar tahun 1991 dan di jangkakan usia saya akan bertambah setahun setiap tahun pada 27 September. Merupakan graduan Institut Pengajian Tinggi Awam Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Matematik Komputer Grafik

2. Merupakan seorang penulis BLOG SEPENUH MASA , photographer separuh masa, pereka grafik separuh masa, pereka laman web separuh masa. Saya banyak menjalankan tugas-tugas separuh masa pada hari yang sama.

3. Saya banyak belajar benda baru ketika berada di alam Universiti dan mengaktifkan diri dengan pelbagai program. Belajar leadership, management, organizing dan sebagainya.

4. Berasal dari Keningau Sabah dan kini menetap di Sabah. Mula terjerumus dengan dunia blogging sekitar penghujung tahun 2010.

5. Alhamdulilah penghujung tahun 2013 saya lebih menumpukan personal blog kepada dunia grafik dan akhirnya memutuskan untuk beli nama domain yang mengandungi nama sendiri.

6. Selepas tamat pengajian di Universiti Malaysia Sabah, saya menjadikan blog sebagai medium kerjaya saya. Alhamdulilah di mana ada usaha di situ ada rezeki dari Allah.

7. Saya kini bekerja sebagai Freelancer yang memfokuskan kepada 2 bidang iaitu Blogging & Graphic Design .

8. Motivasi diri setiap hari ingin memiliki sebuah network di alam maya yang mempunyai pengaruhnya sendiri di suatu masa kelak.

Latar Belakang Pendidikan

Tidak ada tadika, Bersekolah rendah di SK Bulu Silou Keningau, Bersekolah Menengah di SMK Gunsanad Keningau, kemudiannya tingkatan 4 berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Keningau seterusnya ke Kolej Matrikulasi Labuan dan lastly degree di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Matematik dengan Komputer Grafik.

Kenapa guna nama domain www.rahmadgraphic.my?

Sebab menggunakannya adalah bagi menerapkan keunikkan dalam domain name iaitu persaingan melalui search engine seperti google. Jika guna keyword graphic terdapat beribu yang menggunakannya tetapi keyword rahmad graphic hanya beberapa sahaja yang menggunakannya.

Kenapa guna dot my bukan dot com. Saya menggunakan domain dot my adalah kerana ingin memfokuskan pembaca dalam negara Malaysia sahaja. Lagi pun masa saya beli domain ni adalah ketika waktu promo dan tak pikir panjang sangat terus beli.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post