25 April 2015

Cara Untuk Review Movie - Filem


Asalamualikum dan Salam Sejahtera

Artikel yang saya kongsikan kali ini adalah berkenaan bagaimana cara untuk meREVIEW sesebuah filem yang baru sahaja di tayangkan di pawagam. Artikel ini saya tujukan khas buat blogger yang selalu review movie syok sendiri.

Saya bukanlah seorang review yang baik, saya hanyalah seorang pembaca yang gemar membaca review sesebuah filem baharu yang ditayangkan di pawagam sebelum saya putuskan untuk menontonya. Maklumlah kita nak tengok movie mesti nak yang berbaloi untuk di tonton macam Fast Furious 7.

Berikut adalah antara element yang perlu disisipkan semasa melakukan review sesebuah FILEM. Andaikan saya adalah reader ini adalah info-info yang saya perlu untuk membaca review movie. Saya tidak berkesempatan untuk review movie sebab saya bukannya kaki panggung tetapi kaki bangku.

1. Nyatakan info Movie/Filem

Terdapat beberapa info yang perlu diselitkan sebelum anda menulis review berdasarkan pengelaman anda menonton di panggung. Antara info yang perlu anda masukkan adalah:
  • Nama Filem
  • Genre
  • Running time
  • Pelakon Utama
  • Pengarah
  • Sinopsis filem
Info info tersebut boleh di dapati melalui carian engine.

2. Cara review & mengolah ayat

MeREVIEW sesebuah movie bukanlah suatu perkara yang mudah, lagi-lagi kalau kita ni jenis yang mudah lupa. Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk menggambarkan apa yang telah di saksikan di panggung wayang kepada pembaca.

Ada blogger yang menggunakan teknik olahan dalam bentuk point atau numbering. Ada dalam bentuk rumusan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada citarasa si penulis untuk mengolah ayatnya supaya lebih mudah di fahami dan di hadam.

Berikut adalah antara elemen yang perlu diselitkan semasa menulis review movie yang ditonton di panggung wayang berdekatan dengan rumah anda:
  • Menyatakan tajuk filem yang ditonton
  • Memberi sedikit pendahuluan dan penutup secara umum yang mengambarkan filem tersebut.
  • Beri komen yang positif berkenaan filem yang di tonton dari segi penggunaan grafik, suara latar, background muzik dsb
  • Memberi komen negatif berkenaan filem tersebut
  • Watak-watak menarik yang ada dalam filem tersebut
  • Memberi cadangan samada wajib tonton atau jangan tonton
  • Bagi rating filem yang di tonton berapa bintang out of 10.

Contoh Review Filem Fast & Furious 7


Filem : Fast & Furious 7
Genre : Action, Adventure
Running Time: 2 Jam 20 Minit
Pelakon Utama:
Paul Walker, Michelle Rodriguez, Vin Diesel, Jordana Brewster, Lucas Black, Dwayne Johnson, Jason Statham, Tyrese Gibson, Ludacris
Pengarah: James Wan

Sinopsis :
Selepas berjaya mengalahkan Owen Shaw dan ahli kumpulannya dalam sequeal filem Fast & Furious 6, Dominic Toretto, Brian O’Conner dan kru yang lain dibenarkan pulang ke Amerika Syarikat dan menjalani kehidupan biasa semula seperti mana yang mereka idamkan.

Namun kehidupan seperti orang biasa mereka tidak lama. Mereka telah diancam oleh abang Owen iaitu Deckard Shaw, seorang pembunuh bekas ejen perisikan yang terlatih (Special Forces) yang telah bersumpah untuk menuntut bela atas kejadian yang telah menimpa adiknya.

Satu persatu ahli kumpulan Toretto ingin diburunya. Han, yg berada di Jepun telah berjaya dibunuh untuk memberi mesej kepada Toretto dan kumpulannya. Luke Hobbs, ejen benteras jenayah kerajaan berjaya dicederakan. Rumah Toretto dimusnahkan dengan bahan letupan.

Jadi untuk mengelakkan mereka terus diburu, Toretto dan kru yang lain telah bersatu kembali untuk memburu Deckhard Shaw. Dibantu pula oleh Frank Petty, ejen perisikan kerajaan, mereka kemudiannya menjejaki seorang ejen perisikan yang cukup hebat dan terlatih.

Deckard Shaw memang sukar untuk dikesan tempat persembunyiannya. Kepakarannya memang sukar ditandingi. Hanya satu alat yang boleh mengesan dengan tepat persembunyiannya iaitu the the God’s Eye. Alat pencarian istimewa ini dicipta oleh Megan Ramsey.

Review Filem Fast & Furious 7

Filem Fast & Furious 7 merupakan sebuah filem yang paling dinanti bagi pengemar filem dalam genre aksi. Filem ini merupakan kesinambungan dari filem FF6 yang menampilkan Toretto sebagai teraju utama dan merupakan ketua kepada teamnya.

Jalan cerita filem ini bermula dengan kemunculan watak jahat baharu iaitu Deckard Shaw (Jason Statham) abang kepada Owen Shaw FF6 yang telah berjanji untuk membalas dendam demi adiknya. Deckard Shaw memulakan serangannya ke pejabat Luke Hobbs bagi mendapatkan info kru yang mengalahkan adiknya. Di situ bermulanya aksi tembuk menumbuk sehingga Luke Hobbs cedera dan dimasukkan ke hospital.

Deckard Shaw seterusnya membunuh Han di Jepun dan rumah Dominic Toretto hancur berkecai dibom. Bermula dari situ Dominic Toretto dan kru yang lain bersatu memburu Deckard Shaw. Mereka sebenarnya diburu Deckard Shaw tetapi mereka bertindak memburu Deckard Shaw. Mission mereka yang pertama adalah menyelamatkan God’s Eye-Megan Ramsey seorang hakers yang mencipta alat yang mampu mengesan siapa-siapa sahaja termasuk saya.

Adegan yang menarik semasa menyelamatkan Megan Ramsey adalah ketika kereta mereka terjun dari pesawat yang menyelitkan sedikit elemen komedi dan aksi Brian O’Conner yang hampir jatuh ke gaung diselamatkan oleh Letty Ortiz. Setelah berjaya menyelamatkan Megan Ramsey, misi kedua mereka adalah mendapatkan alat yang dinamakan sebagai God’s Eye yang berada pada Super Car di bangunan pencakar langit Arab Saudi.

Adegan menarik bagi misi ini adalah ketika Dominic Toretto mengangkat bahagian bumper hadapan Super Car jelas kelihatan otot-otot beliau dan aksi Dominic Toretto menerbangkan kereta Super Car dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Walaupuan ianya adalah CGI semata-mata tetapi ia kelihatan realistik dan saya pasti anda kagum melihat aksi ini. Watak Roman Pearce memeriahkan lagi susana ketika itu dek kerana beberapa skrip yang dibawanya membuat anda tersenyum manis.

Setelah berjaya mendapatkan God’s Eye mereka berjaya mengesan Deckard Shaw dekat gudang yang sedang makan dengan tenang. Misi untuk menahan Deckard Shaw ketika itu gagal kerana beliau di bantu oleh Djimon Hounsou yang ingin mendapatkan God's eye dan God's eye terlepas ke tangan Djimon Hounsou. Kini mereka pula yang diburu setelah memburu.

Aksi lain yang menarik adalah pertembungan Dominic Toretto & Deckard Shaw one on one yang menyaksikan kereta Deckard Shaw hancur bahagian atapnya dihentam oleh kereta Dominic Toretto. Terlalu banyak adegan menarik yang ada dalam filem ini sehingga ke penghujung watak Brian O’Conner tidak dibunuh dalam filem ini tapi dinyatakan yang Brian O’Conner adalah hak keluarganya dan mereka lihat dia bahagia bermain bersama-sama anak dan isterinya dipersisiran pantai. Agak sedih gak ending cerita ini.

Antara yang kurang menarik dalam filem ini adalah kurangnya adegan Luke Hobbs kerana dia terlantar dihospital. Anda hanya menyaksikan adegan Luke Hobbs beraksi semasa permulaan dan penghujung cerita sahaja. Kemunculan watak baru Deckhard Shaw yang telah berjaya dipenjarakan menghangatkan lagi suasana dalam filem ini kerana mereka berdepan dengan orang yang lebih legend dari adiknya iaitu Owen Shaw.

Secara kesimpulannya, filem ini adalah filem yang sangat berbaloi untuk ditonton bersama keluarga dan jiran tertangga. Filem ini turut menyelitkan unsur komedi, kekeluargaan dan saya tertarik dengan skrip Dominic Toretto yang berkata " I don't have friends but i've family ". Rakan-rakannya adalah keluarga bagi dirinya - Deep. Overall rating 9.08/10.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post