-->
Kelas Bina Blog
sitemap

10 May 2015

Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Zaman sekarang kalau kita lihat orang yang berhutang rasa rileks je bila pinjam duit kat kawan, macam xda perasaan langsung. Kita yang bagi pinjam duit pula yang rasa segan nak menagih hutang dari dia. Itu adalah hutang wang ringgit antara manusia.

Bagaimana pula dengan hutang badan induk seperti PTPTN? Kalau diaorang ni takde rasa segan nak tagih hutang dari anda. Jika anda belum bekerja dan baru sahaja tercari-cari kerja, surat menagih hutang dari pihak PTPTN akan sampai tepat kat alamat rumah anda.

Study tinggi tidak semestinya menjamin perkerjaan yang baik tetapi ia menjamin anda berhutang sekiranya anda ada melakukan pinjaman PTPTN. Alhamdulilah lah kalau yang dapat tajaan biasiswa masa study dulu. Tak perlu fikir tentang hutang, macam saya ini result cukup makan hanya mampu bergantung dengan PTPTN untuk kos pendidikan di IPTA.

Saya akan kongsikan cara untuk membayar PTPTN directly melalui Maybank2u. Sebelum ini saya ada kongsikan bayaran melalui epay.ptptn yang kini mengalami masalah dan terlalu complicated. Cara ini adalah berdasarkan panduan yang saya ikut dari blog yunabella dan saya sendiri cuba experience. Ternyata ianya lebih mudah dan cepat.

Langkah 1:
Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Login ke laman rasmi Maybank2u

Langkah 2:
Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Pilih Bill Payment kemudian klik Go

Langkah 3:
Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Pilih make a One-off payment

Langkah 4:
Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Pilih Education & Education Loan kemudian klik go/continue

Langkah 5:
Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Pilih PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan kemudian klik Continue

Langkah 6:
Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Masukkan jumlah yang anda mahu bayar. Ikut kemampuan nak bayar RM20 pun boleh tak anda tak nampak ia Hutang PTPTN anda akan berkurang sebab tiap bulan PTPTN kenakan kos pengurusan katanya.

Masukkan no IC anda kemudian masukkan letter of offer no. bukan no telefon kemudian klik continue.

Langkah 7:
Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Klik request a TAC number

Langkah 8:

Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u
Masukkan TAC no yang di hantar pada no telefon anda. Kemudian klik confirm

Langkah 9:
Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Klik print receipt sebagai rujukan ada, atau anda boleh save di deskop/laptop dalam bentuk pdf.

Cara Bayar PTPTN Melalui Maybank2u

Untuk makluman anda kos sebanyak RM1.06 termasuk GST dikenakan setiap kali anda melakukan pembayaran PTPTN secara online.

Pagi ni terkejut bangun tidur. Baca Whatsapp Angah, "Noi.. PTPTN dah masuk CCRIS tau. Kalau tak pernah bayar langsung dia ada dalam CCRIS". Migrain terus! Hahahaha

Selama ni malas bayar sebab ingat nak kena ada nombor pinjaman atau nombor surat tawaran, rupanya TAK PERLU pun! Boleh buat pembayaran semudah 123! Letak nombor IC & nombor telefon je smile emoticon

Korang yang belum bayar tu, moh ler kita bayar. Benda dah mudah kan.. PTPTN pun satu, buat iklan nak bayar kena pi kaunter. Manusia sekarang mana suka benda leceh! Zzz

Lepasni boleh la bayar secara konsisten tiap bulan. Bahaya woi kalau nama dah masuk CCRIS.
Sumber

Pembayaran secara online kini lebih mudah dan pantas. Saya lebih mengutamakan pembayaran secara online kerana mampu menjimatkan masa, tenaga, serta minyak. Sama-sama lah kita menjadi manusia yang tidak dibebani HUTANG. Waktu masih muda adalah waktunya kita berkerja keras melangsaikan segala HUTANG, waktu tua adalah waktu kita meniti hari bahagia bersama keluarga tercinta tanpa sebarang HUTANG.

UPDATE: Bermula 7/4/2015 Tak Perlu no pin pun boleh bayar PTPTN online Via Mayban2u. Masukkan detail no IC dan No Telefon sahaja.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
banner