13 July 2015

Cara Check iPhone Original atau Tidak


Dalam artikel ini, anda akan mempelajari bagaimana cara untuk menyemak samada iPhone yang anda beli adalah original ataupun tidak.

Pengetahuan ini adalah sangat penting bagi mengelakkan penipuan berlaku semasa proses jual beli. Seperti yang anda sedia maklum baru-baru ini VIRAL kes pergaduhan di LOW YAT. Punca pergaduhan adalah disebabkan PENCURI yang menyerang pekerja di sana. Banyak yang kata pernah ditipu ketika beli smartphone kat LOW YAT. Tapi tidak semua so kena hati-hati bila beli barang jangan biar anda di tipu.

Berikut adalah cara semak iPhone anda original ataupun tidak

Langkah 1:
Dapatkan nombor siri/serial number iPhone anda.
Klik Setting >> General >> About
Anda akan dapat no siri iPhone anda.

Langkah 2:
Layari laman rasmi Apple untuk menyemak iPhone anda pada pautan link berikut:
" https://selfsolve.apple.com/agreementWarrantyDynamic.do "

Langkah 3:

Masukkan serial no iPhone anda, kemudian klik continue

Langkah 4:
Jika iPhone yang anda beli adalah Original maka akan tertera tarikh warranty serta maklumat lain dalam database Apple.


Jika anda menerima mesej "we're sorry, but this serial number is not valid. Please check your information and try again," menunjukkan iPhone tersebut adalah fake.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post