22 July 2015

Cara Transfer Duit ke Akaun ASB Melalui Maybank2u


Artikel ini akan menunjukkan cara-cara menambah Simpanan Tabung ASNB secara online melalui Maybank2u. Sudah pasti kekangan masa menjadikan anda malas untuk beratur di kaunter ASB, Pejabat Pos, Maybank, etc semata-mata untuk topup simpanan ASB anda.

Perkembangan dunia internet kini dapat membantu anda mempermudah dan mempercepatkan urusan perbankan anda. Pastinya anda wajib memiliki akaun banking online seperti Maybank2u atau CimbClicks.

Bagi mengetahui Tutorial cara untuk topup simpanan ASB melalui cimbclick, anda boleh klik >> SINI

Berikut adalah langkah-langkah menambah simpanan ASNB anda melalui Maybank2u:

Langkah 1:

Login Ke laman rasmi Maybank2u >> http://www.maybank2u.com.my/

Langkah 2:
Klik Pada bahagian Investment yang bertanda kotak segi empat

Langkah 3:
Klik pada ASNB Unit Trust

Langkah 4:
Klik pada bahagian ADD button sekiranya ini adalah merupakan kali pertama anda menambah akaun ASB di Maybank2u.

Langkah 5:

Pilih Amanah Saham Bumiputera kemudian klik continue

Langkah 6:
Tick checkbox terma dan syarat kemudian klik Continue

Langkah 7:

Masukkan maklumat yang diperlukan sperti No Ahli, No IC dan Nama Pemegang Unit. Setelah itu klik continue

Langkah 8:
Klik Request TAC kemudian masukkan kode TAC yang dihantar ke telefon anda pada ruangan TAC. Setelah itu klik continue

Langkah 9:
Akaun ASB anda sudah berjaya di daftarkan dalam maybank2u. Anda hanya perlu menunggu akaun anda Approve.


Langkah 10:

Hanya satu hari diperlukan untuk status pending bertukar menjadi status Active.

Klik Pada bahagian ASNB Payment >> Kemudian pilih Akaun yang anda telah tambah di Langkah 7 >> Klik Continue

Langkah 10:
Tick Checkbox kemudian klik Continue

Langkah 11:

Masukkan nilai yang anda mahu labur/topup ke akaun ASB anda. Kemudian Klik Continue

Langkah 12:
Semak jumlah yang anda mahu masukkan samada betul atau tidak. Jika betul klik confirm.

Langkah 13:

Print resit sebagai rujukan anda bagi mengetahui jumlah yang anda telah topup secara online pada tabungan ASB anda.

Buku biru anda boleh lah anda UPDATE apabila dividen dah masuk setiap awal tahun. Secara puratanya peratusan dividen adalah sebanyak 7% tapi kita tidak tahu bagi tahun-tahun yang mendatang.

In syaa allah next artikel saya cuba bincangkan berkenaan ASB Loan VS ASB Simpanan jika tidak busy dengan kekangan kerja.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post