-->
Kelas Bina Blog
sitemap

13 February 2016

Hilux VS Ford Ranger VS D Max

Bandingan Hilux, Ford Ranger dan D Max

Bandingan Hilux, Ford Ranger dan D Max

Pengalaman ini adalah penglaman yang dikongsikan oleh pengguna Internet yang telah menggunakan ketiga-tiga jenis kenderaan pickup iaitu Hilux, Ford Ranger dan D Max.

Assalamualaikom semua pembaca...

Cuma berkongsi pengalaman saya dalam pickup truck ni...

Saya baru 5 tahun berjinak jinak pakai pickup truck ni. Memang minat kenderaan yang tinggi camni.

Pengalaman pertama saya dalam pickup truck ni saya pakai hilux 3.0. Mula pakai memang syoq habis. Lepastu makin lama makin menyampah dah.

Mau taknya, atas highway asyik kena tapaow je dengan D.max Thailand. Kita dok ingat pickup 3.0 kita cukup gah dah. Phuieee!!!, pickup Thai yang low spec tapaow pulak tu.

Dan lagi satu perkara yang aku tak suka, bila sampai nak service. Makin lama makin mahal Toyota hentam harga. Lepastu Q punya la lama nak service pun.

Selepas pakai 3 tahun hilux tu, pastu pi survey D.max baru. Survey juga Colorado, berkenan dan jatuh hati pulak kat D.max.

Dmax

Jadi aku pun pakai la D max...
D.max ni satu perkara yang aku tak suka lepas pakai adalah sound enjin dia makin kuat la pulak. Sampai anak aku cakap ingat ayah balik naik lori...adehhhh.

Lori la pulak anak aku cakap...tak puas hati. Selang 6 bulan aku pi survey pulak ford ranger. Test drive dan setelah diteliti, aku pun jual D.max aku yang baru 6 bulan aku pakai.

Ford Ranger XLT

Sekarang ni dengan Ford ranger la plak. Setakat ni aku amat berpuas hati dengan FR. Sebabnya adalah....

Road tax murah berbanding degan yang lain baru RM5++.++ je. Tapi kenderaan kita guna hampir sama juga dengan pick up lain. Kalau dulu hilux aku kena road tax RM1600.00. Itu belum masuk insurance lagi. Tapi dari segi faedah lebih kurang sama juga dengan FR
Sound enjin dia antara yang paling perlahan antara yang lain, itu pendapat aku laaa...
Performance terbaik antara pickup truck yang pernah aku pakai.

Accessories pun banyak, boleh dapat lagi murah kalau masuk pasang kat hatyai..
Stability baik sangat, compare dengan hilux, memang jauh beza la. Hilux 3.0 aku dulu nak cecah 120km/j pun lembab. Lepastu dah mula goyang. Memang x stabil langsung...

Yang paling aku takut naik hilux ni bila time hujan. Dalam kelajuan 80km/j di jalan, anytime kenderaan anda boleh terbuang bila redah air bertakung di jalan. Tak payah banyak la air tu, sedikit pun dah cukup untuk hilux tu buat roller custer. Sahabat aku total lost gara-gara kes ni jee. Hilux dia siap berpusing pusing entah berapa kali dia pun tak ingah dah. Kalau FR aku yakin dengan system terbaru yang digunakan dan teruji memang tak terlompat atau berpusing bila redah air bertakung. Dan aku yakin dengan kelajuan tinggi di lebuh raya

Setakat ni je la aku share pengalaman aku pakai 4x4 ni. Mungkin ada lagi tapi cukup la setakat ni. Apa pun FR memang terbaik setakat ini..wallahualam.

Antara pendapat lain:
Hilux VS Ford Ranger VS D Max

Sumber: PendapatAnda
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
banner