14 November 2016

Cara Semak Baki Tunggakan PTPTN Online


Seperti yang anda sedia maklum dalam budjet 2017 Kerajaan telah mengumumkan diskaun sebanyak 15% bagi mana2 peminjam yang mampu membayar sekaligus pinjaman PTPTN.

10% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya separuh dari nilai pinjaman daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 10% diskaun juga bagi bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit megikut jadual bayaran balik.

Dalam tutorial ini saya akan kongsikan cara untuk anda menyemak baki TUNGGAKAN PTPTN, jumlah keseluruhan pinjaman dan jumlah penyelesaian Hutang selepas 15% diskaun

Langkah 1:

Pergi ke laman rasmi PTPTN (Klik SINI ) Kemudian klik BAJET 2017

Langkah 2:

Dapatkan no pinjaman anda dengan menghubungi 03 2193 3000 kemudian pilih menu 2. Anda di minta untuk menekan no IC di ikuti dengan #. Tulis no pinjaman yang di berikan di kertas atau notepad bagi memudahkan anda untuk log masuk di kemudian hari.

Setelah anda berjaya dapatkan no pinjaman, masukan no IC dan no pinjaman pada ruangan log masuk bajet 2017.

Langkah 3:
Klik pada bahagian pengesahan baki ONLINE


Langkah 4:

Anda akan dapat melihat maklumat seperti berikut:
  • Jumlah Keseluruhan Pinjaman
  • Jumlah Penyelesian Hutang Setelah Diskaun 15 %
  • Jumlah Keseluruhan Tunggakan Pinjaman
Sekiranya anda mahu menyemak baki terperinci PTPTN anda. Boleh ikuti tutorial cara Semak Penyata PTPTN online

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post