-->

16 February 2018

Air Terjun Mahua, Tambunan Sabah


Air Terjun Mahua (Mahwa Waterfall) merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Air Terjun Mahua  terletak di daerah Tambunan, Sabah jalan Tambunan-Ranau .


Air Terjun Mahua (Mahwa Waterfall) mula dibuka untuk kunjungan orang ramai pada Jun 2003. Air terjun ini terletak di daerah Tambunan iaitu di kawasan Kg. Patau Tambunan, kira-kira 26 km dari pekan Tambunan.

Bayaran masuk adalah RM3 sahaja untuk dewasa 18 tahun ke atas. RM1 untuk bawah 18 tahun. Manakala RM10 untuk dewasa non-Malaysian.


Air Terjun Mahua mempunyai ketinggian 17 meter dan merupakan salah satu daya tarikan pelanocngan  di daerah Tambunan. Ini merupakan trip kali ke 2 saya ke Mahua ikut team sigu2 Ken Hwa di ajak oleh Radzwan. Nasib semua sigu dia sporting juga.


Di sini terdapat banyak lumut-lumut kerana suhu yang agak sejuk. Kemudahan seperti tandas dan bilik mandi untuk lelaki dan perempuan juga di sediakan. Tempat ni sesuai lah untuk release stress dari kerja sambil santai2 berendam di air terjun walaupun agak sejuk suhunya.

Maksimum 10 org muatan sahaja

Paling lama pun saya boleh berendam sekitar 40 minit sahaja. Suhu yang terlalu sejuk membuatkan tulang-tulang menggelatarrrrrr seperti di goncang di dalam balang yang kosong.

Group Photo wajib sebelum berangkat pulang berlatarbelakang air terjun

Berendam di air yang sejuk seperti ais batu bata memerlukan tenaga yang banyak. Jadi jangan lupa bawa makanan ringan atau berat ketika korang ke tempat ini. Serious korang akan rasa lapar bila dah mandi manda untuk beberapa ketika. Enjoy beriadah di Air Terjun Mahua, santai saja di posisi.

Kredit Photo: Wan & Chris
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post