-->

5 June 2020

Kelas Bina Blog Edisi Sabah


Saya akan menganjurkan Kelas Bina Blog Edisi Sabah yang akan di adakan di Global Canopy, Keningau Sabah . Kelas ini saya buat bagi membantu usahawan atau penulis yang mahu berjinak-jinak dalam dunia blogging.

Saya akan kongsikan pengelaman saya selama 10 tahun dalam dunia blogging di Kelas ini. Anda akan mempelajari kode asas modifikasi template blog yang saya akan berikan secara PERCUMA kepada semua peserta yang mendaftar dalam kursus ini.

Template yang akan di berikan secara percuma adalah seperti yang terdapat dalam blog demo >> demo.www.rahmadbah.com

Template ini adalah mesra SEO serta mobile friendly . Anda tidak perlu pening dengan koding template ini kerana saya akan guide kode yang anda akan tukar nanti. Iyanya mudah untuk di modikasi dari segi warna dengan tips dan trick yang saya akan ajar dalam kelas ini.

Kelas Bina Blog Edisi Sabah ini terbuka kepada Warga KENINGAU khususnya:

+ Mahu selami dunia blogging
+ Belum ada BLOG
+ Mahu bina BLOG mesra SEO
+ Mahu bina BLOG dengan Custom Domain
+ Mahu pasarkan produk di BLOG
+ Mahu belajar tips dan tetapan BLOG
+ Mahu luaskan pasaran luar dari daerah sediada melalui BLOG
+ Tak tahu nak urus BLOG
+ Tak rajin nak update BLOG
+ Tak tahu nak cari KATA KUNCI untuk BLOG
+ Muat naik gambar di blog dengan tetapan yang RESPONSIVE
+ dan mahu tahu perkara asas tentang BLOG PERCUMA

Berapa Kos Yang Anda Perlu Laburkan?


Saya menyediakan beberapa pakej untuk Kelas Bina Blog Edisi Sabah. Kelas ini adalah terhad kepada 10 peserta sahaja bagi memastikan kesemua peserta berjaya memiliki web/blog sendiri.

Tarikh: 18 July 2020 (Hari Sabtu)

Masa: Jam 8.45 pagi hingga 5.30 petang
•    Hanya RM290 sekiranya daftar solo
•    Hanya RM490 sekiranya daftar berpasangan (2 orang) <– Jimat RM90 !
•    Hanya RM190 sekiranya anda masih pelajar*

Nota Kaki:
1. Harga yuran adalah termasuk kos pembelian domain (valid setahun) serta premium template (seo friendly)
2. Peserta WAJIB membawa laptop kerana akan hasilkan web blog A-Z sendiri.
3. Kemudahan WIFI di sediakan
4. Peserta WAJIB memilih nama domain sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kursus .
5. Sarapan pagi dan minum petang akan disediakan
6. Kelas adalah mesra bayi (ibu yang menyusu boleh hadir dengan bahagia)

Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Kelas Blog Saya


Anda sudah pasti tertanya-tanya, apa yang anda akan belajar dalam Kelas Blog saya.

Jadi, ini adalah modul ‘ rasmi ’ untuk Kelas Bina Blog Edisi Sabah.

Modul tak rasmi akan bergantung kepada berapa banyak soalan yang anda tanya nanti.
Lagi banyak soalan, lagi banyak anda akan belajar.


Modul #1 Kenapa Tak Boleh Bergantung Dengan Facebook Semata-Mata?

Sudah ada Facebook…

Sudah ada Fanpage dengan berpuluh ribu Likers…

Tapi, kenapa anda masih perlu ada Blog?


Module #2 Kenapa memilih Blogspot?

Blogspot adalah anak syarikat kepada google. Blogspot lebih jimat hanya dengan melaburkan duit dengan premium template dan custom domain.

Ada Blogspot yang free, kenapa masih ada yang nak keluarkan duit untuk beli custom domain?

Nak tau? Kenalah join kelas


Modul #3 – Mahal ka mau Beli Domain?

Di mana tempat mahu beli domain?

Ramai orang masih menggunakan alamat blog macam ‘nama-anda.blogspot.com’ sebab ingat nak tukar ke ‘nama-anda.com’ tu mahal.


Modul #4 – Apa Itu SEO & Kenapa Ianya Penting?

Selalu nampak orang tulis ‘SEO’ tapi takde idea apa bendalah ‘SEO’ ni kan?

Kenapa penting sangat tulis blog yang mesra ‘SEO’ sampai kena berguru dengan saya?

Kenapa perlu pastikan blogpost anda berada di top SERP? Apa pula SERP tu?


Module #5 – Cara Menulis Tajuk Blogpost Yang Sesuai


Antara teknik penting yang perlu anda tau sebelum nak belajar SEO adalah cara menulis tajuk blogpost yang sesuai.

Rugilah kalau anda tulis satu entri di blog, tapi benda tu tak sampai 100 orang Google setiap bulan.
Biarlah susah payah kita menaip entri, atleast ada seribu lebih orang cari sebulan. Lagi banyak lagi bagus.

Setuju?

Dalam kelas nanti, saya akan tunjuk bagimana dengan hanya satu blogpost yang saya terbitkan boleh mencapai 430,000 views sehingga ke hari ini.

InsyaAllah lepas kelas, anda tidak akan menulis entri yang orang hanya singgah tak sampai 10 kali sebulan.


Modul #6 -. Cara Setting Asas, Search Preferences, dan Google Analytics

Bila memiliki asas yang kukuh ia memudahkan anda untuk memahami taktikal blogspot yang anda akan terbitkan.


Modul #7 Belajar asas koding template dan custom template blog

Saya akan ajar anda tenik asas koding dan bagai mana cara untuk anda mengubah suai template mengikut kesesuian yang anda mahu.


Modul #8 - Cara buat senarai Kandungan dalam blog seperti yang terdapat dalam blog ini.

Senarai kandungan atau sitemap memudahkan pengunjung blog anda untuk melihat setiap blogpost yang anda terbitkan dengan label atau kategori yang anda tentukan.

Bagi yang berminat  Klik link untuk Whatsapp : rahmadbah.wasap.my
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post