-->

18 February 2018

Tips Memilih Raket Badminton

Tips Memilih Raket Badminton

Badminton merupakan sukan yang agak popular dalam kalangan masyarakat meskipun ia memerlukan modal yang agak besar jika di bandingkan dengan sukan yang lain ia sama sekali tidak menghalang kepada peminat tegar sukan ini untuk menjadikannya sebagai hobi.

Sebut sahaja mengenai badminton sudah semestinya raket merupakan perkara pertama yang menjadi pilihan untuk di bincangkan. Bila sebut mengenai brand, sudah pasti Yonex antara jenama yang no. 1 yang di kenali dalam dunia badminton ini walaupun terdapat banyak lagi brand lain yang bagus seperti Victor, Li Ning, Apacs, Fleet, dll.

Memilih raket yang mahal dan mengikut trend raket pemain dunia tidak semestinya ianya bagus untuk diri anda, mungkin bagus untuk sesetengah orang jika menepati ciri-ciri atau style permainan seseorang itu.

Ya setiap orang mempunyai teknik dan style permainan yang berbeza. Ada yang jenis suka smash, ada yang jenis suka main drive, ada jenis suka main net, dll. Setiap individu mempunyai gaya permainan yang berbeza. Oleh yang demikian anda perlu buat "research" raket mana yang memenuhi gaya permainan anda.

Gaya Permainan
  • Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 4U atau 3U dengan balance point 285-300 (head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff
  • Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285 (head light) dan fleksibiliti raket medium atau flexsible.
  • Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 4U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.

Spesifikasi Raket
  • Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
  • Berat Raket : 3U(85-89.9g), 4U(80-84.9g), 5U(75-79.9g)
  • Ukuran Grip : G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.25″), G6(3.00'') ini ukuran untuk Yonex, untuk jenama-jenama lain, lagi besar nombor, bermaksud lagi besar la saiz grip.
  • Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
  • Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
  • Panjang : 665mm-Standard & 675mm-Long
  • Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Setelah mengetahui gaya permainan anda. Boleh lah pula tentukan jenis raket yang akan membantu prestasi anda menjadi lebih baik.

Paling utama dalam permainan badminton adalah teknik, timing, power dan equpiment racket itu hanya menjadi keutamaan yang ke 4 sahaja.

Tips Memilih Raket

Berat Raket: 3U, 4U atau 5U?
Berat raket yang sesuai bagi diri anda di tentukan dengan kekuatan tangan forearm dan pergelangan tangan anda. 4U sesuai untuk bermain double manakala 3U sesuai untuk bermain single.

Secara peribadi saya memilih raket 4U untuk bermain double ataupun single. Sekiranya menggunakan raket 5U saya dapati smash kurang kencang dan agak mendatar walaupun hakikatnya agak meletihkan menggunakan raket 4U dalam tempoh 2 Jam namun saya rasa lebih serasi dengan berat 4U.

Pemain profesional kebanyakannya menggunakan Racket dengan berat 3U. Hanya segelintir sahaja yang menggunakan racket dengan berat 4U.

Ukuran Grip:
Kebanyakan pemain asia memilih ukuran grip G6 (3.00") berdasarkan fizikal tangan orang-orang asia. Kelebihan grip yang lebih kecil iaitu G6 memudahkan untuk anda menukar grip dari forehand grip ke backhand grip atau neutral grip dengan lebih pantas.

Dari segi berat dan grip saya memilih 4UG6 pada raket Astrox 88s saya. Ini adalah spesifikasi berat dan grip yang paling ideal bagi saya.



Titik Keseimbangan:
Sekiranya anda jenis pemain backcourt yang suka menyerang/smash maka 285-295(Head Heavy-Offensive) atau 295-300(Extra Head Heavy-Offensive) menjadi pilihan.

Jika gaya permainan anda adalah jenis bertahan atau lebih suka memberi pihak lawan peluang untuk menyerang maka 270-280(Head Light-Defensive) menjadi pilihan

Seterusnya jika gaya permainan anda suka bertahan dan counter attack maka 275-285(Neutral-All Round) adalah pilihan titik keseimbangan.

Bentuk Raket: 
Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar) kebanyakan yang menjadi pilihan kerana ia lebih mudah untuk anda melakukan overhead smash atau backhand smash kerana permukaan bahagian atas mendatar dapat mengelakan shuttle terkena pada bahagian frame raket.

Panjang:
Raket dengan panjang 675mm-Long yang menjadi pilihan kerana smash akan lebih padu , serta mampu mengawal gelanggang lebih baik dan sekiranya ingin bermain drive anda hanya perlu memegang grip pada bahagian atas sedikit.

Lee Yong Dae Victor Bravesword 12
Lee Yong Dae merupakan Pengguna tegar raket Bravesword 12 semasa mewakili Korea di peringkat dunia

RUMUSAN:
Berdasarkan kepada gaya permainan saya yang gemar bemain double di posisi front court, saya memilih raket Astrox 88s sebagai senjata utama bila bermain badminton. Sebenarnya saya keliru sama ada mahu pilih raket Yonex Arcsaber 11 pro VS Yonex Astrox 88s pro kerana kedua-dua nya memenuhi ciri-ciri yang saya mahukan. Namun setelah membandingkan dari segi ketegangan tali yang mampu di tarik Yonex Arcsaber 11 pro (27lbs) manakala Yonex Astrox 88s pro (28lbs) dan Yonex Astrox 88s pro slightly head heavy menjadikan ia still ada power walaupun bermain di back court sekiranya perlu maka saya memilih raket Astrox 88s pro 4UG6.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 
banner