14 November 2016

Cara Buat Akaun maybank2u dengan Mudah


Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya akan kongsikan bagaimana membina akaun maybank2u dengan penerangan bergambar yang lebih memudahkan anda untuk memahaminya.

Sebelum tu lebih baik kita fahamkan terlebih dahulu apa itu maybank2u? Maybank2u adalah sebuah aplikasi online yang membolehkan kita membuat pembayaran/pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk membayar bill broadband dari rumah sahaja melalui akaun maybank2u tanpa perlu berbaris di stesyen minyak.

Sekiranya anda mahu memiliki akaun maybank2u anda perlu memiliki akaun maybank terlebih dahulu. Minima nak buka akaun Maybank adalah sebanyak RM250 bagi individual akaun. Setelah memiliki akaun maybank ikuti langkah berikut:

Langkah 1:
Pergi ke mesin ATM Maybank dan tetapkan no pin maybank2u 6 digit.

Langkah 2:
Pergi ke laman rasmi Maybank >> http://www.maybank2u.com.my/

Langkah 3:
Klik Login dan Paparan skirn berikut akan kelihatan. Klik First time Login?
Langkah 4:
Klik Continue
Langkah 5:
Anda kena lihat video pendek bagi tujuan keselamatan terlebih dahulu. Setelah itu butang continue akan kelihatan. Klik continue

Langkah 6:
Anda akan di tanya beberapa soalan untuk tujuan keselamatan. Berikut adalah contoh soalan, pastikan ada jawab dengan betul. Setelah jawab, klik check.


Langkah 7:
Klik Continue


Langkah 8:
Baca Term & Condition yang telah di tetapkan kemudian klik Accept.


Langkah 9:
Setelah klik accept anda di bawakan ke paparan untuk pendaftaran akaun maybank2u. Pastikan laman rasmi maybank2u di lengkapi dengan sistem keselamatan seperti yang saya tandakan dengan kotak merah iaitu https, huruf s selepas http bermaksud secure .

Pada peringkat ini anda kena masukkan no acess no iaitu no kad bank maybank (16-digit) anda pada bahagian hadapan kemudian masukkan no pin anda yang anda buat di Langkah 1

Langkah 10:
Masukkan Username yang ingin anda gunakan untuk login ke akaun Maybank2u anda. Masukkan password yang anda akan gunakan untuk login ke akaun maybank2u.


Langkah 11:
Pilih jenis imej dan nyatakan pharse imej tersebut menurut anda sebagai langkah keselamatan semasa login. Kemudian klik submit


Langkah 12:
Pilih 3 soalan keselamatan yang anda mahukan berserta jawapan. Kemudian klik Submit


Langkah 13:
Paparan confirmation yang menunjukkan jenis phase yang anda pilih berserta soalan keselamatan. Jika tepat dengan apa yang anda masukkan sebentar tadi klik submit.


Tahniah anda kini suda memiliki akaun maybank2u yang memudahkan urusan jual beli anda. Anda boleh memuat turun aplikasi maybank2u di google play store atau itunes. Anda juga boleh book tiket panggung melalui aplikasi GSC Cinema dengan ada nya akaun maybank2u.

UPDATE
Setelah anda selesai melakukan semua langkah di atas. Anda perlu ke cawangan Maybank bagi mengaktifkan TAC (Transaction Authorisation Code) . Anda perlu mengisi satu borang dan memasukkan no telefon yang akan di gunakan untuk TAC maybank2u anda.

Contoh borang yang anda perlu isi untuk aktifkan TAC

Setelah anda isi borang tersebut anda hantar kat kaunter servis advisor kemudian tunggu sehingga nama anda di panggil. Bila anda dah dipanggil dia akan minta kad pengenalan anda bagi tujuan keselamatan dan cop jari anda akan diselaraskan dengan kad pengenalan anda barulah TAC anda berjaya di daftarkan.

Dengan ada TAC maybank2u anda kini boleh membayar apa sahaja bil secara online. Anda juga boleh shopping secara online, bayar PTPTN dan sebagainya.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post