19 May 2016

Cara Transfer Duit ke Akaun ASB Melalui CimbClick

Seperti yang aku janjikan nak buat tutorail Cara TopUp Simpanan ASB melalui CimbClick dalam artikel yang lepas iaitu Cara Transfer Duit Ke Akaun ASB melalui Maybank2u .

Cara ini adalah alternatif kepada cara yang aku kongsikan sebelum ini. Menggunakan perbankan online adalah sudah menjadi trending di zaman era internet ini.

Urusan lebih mudah dan cepat, tidak perlu lagi beratur di bank atau pejabat ASB semata-mata untuk menambah simpanan anda di ASB

Artikel ini akan membincangkan langkah demi langkah topup simpanan ASB:

Langkah 1:
Login ke laman rasmi CIMBCLICK >> https://www.cimbclicks.com.my/ibk/
Masukkan USERID anda kemudian tekan Next

Langkah 2:
Masukkan kata laluan anda kemudai klik Login

Langkah 3:
Dari paparan menu My Investment >> Klik ASNB

Langkah 4:
Klik Add new Accounts

Langkah 5:
Masukkan maklumat yang diperlukan seperti pada paparan gambar diatas



Langkah 6:
Berikut adalah paparan setelah anda melengkapkan maklumat yang diperlukan. Kemudian klik submit

Langk ah 7:
Masukkan kod TAC yang di hantar ke telefon bimbit anda melalui SMS. Kemudain klik Confirm

Langkah 8:

Tunggu selama 12-24jam untuk akaun anda di approve. Status pending akan bertukar jika akaun ASB yang anda masukkan sebagai Favourite ASNB telah di approve.

Langkah 9:
Login semula ke CIMBCLICK setelah anda menerima notifikasi melalui SMS yang menyatakan Akaun ASB yang anda tambah sebagai Favourite ASNB telah pun di terima.

Dari paparan menu My Investment >> Klik ASNB, pilih nama akaun kemudian klik Next

Langkah 10:

Masukkan jumlah yang anda mahu topup ke akaun simpanan ASB anda. Kemudian tick cekbox dan klik submit.

Langkah 11:
Review semula jumlah yang anda mahu topup jika tepat maka klik butang Confirm. Untuk makluman topup secara online simpanan ASB bagi mana-mana bank akan di kenakan Charges sebanyak RM 1.06 sen termasuk GST.

Langkah 12 (optional):

Transaksi anda sudah pun di terima dan sedang dalam proese. Print slip transaksi anda jika anda mahu jadikannya sebagai rujukan. Mudah bukan? jika setiap bulan anda konsisten topup secara online Simpanan ASB maka aku sarankan agar update buku biru anda di update setiap 6 bulan sekali.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post