-->

31 January 2021

Generasi 'Bayi PKP' Lahir Ketika PKP 2.0


1. Setiap mereka yang sudah berkahwin dan hidup berpasangan sudah pasti menantikan saat yang indah iaitu menerima rezeki baby. Lain orang lain rezeki ada yang di uji beberapa tahun masih lagi belum di kurniaan kan baby.


2. Jangan pernah untuk berhenti berdoa semoga di berikan rezeki baby bila tiba masa dan waktunya nanti. Saya sangat teruja menerima kehadiran baby kami yang pertama kalinya walaupun di fasa PKP 2.0 ini.


3. SOP (Standard Operation Procedure) yang kini berubah 360 darjah semenjak kewujudan Covid-19 ini yang sama sekali tidak membenarkan suami atau keluarga terdekat menemani isteri ketika bersalin. Ini adalah sebagai langkah keselamatan kepada ibu-ibu mengandung dan bayi. Sebagai suami kita kena redha dengan keadaan ini sehingga Covid-19 ini berakhir di muka bumi.


4. Namun begitu kita masih boleh menghantar makanan atau sebarang keperluan isteri di pintu daftar masuk yang kemudian akan di hantar oleh pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu. Terima kasih kepada pengawal keselamatan yang tolong hantar makanan setiap kali saya datang menghantar bubur untuk isteri.


5. Isteri saya di masukkan ward pada 29/1/2021. Sebelum memasuki ward, isteri saya kena lalui ujian swab test dan alhamdulilah result negatif. Dapat result swab test sekitar 1 jam lepas test. Hari pertama pada sebelah malam Dr. pakar review keadaan isteri dan cek bukaan sama ada boleh beranak normal atau tidak.


6. Hari yang sama juga sebelah malam isteri saya kena induce dan cuba jika ada contraction. Induce sebelah malam dengan harapan esok pagi dapat bersalin jika ada progress contraction yang baik. Hanya berbekalkan wasap kadang video call sebagai medium penghubung kami.


7. 30/1/21 progress bukaan cuma  1 cm sahaja. Start contraction sekitar jam 2 am gitu. Jika 4cm dan ke atas mungkin boleh masuk dewan bersalin sudah. Tapi cuma 1 cm setelah induce kemudian jam 9.45am cuba pula induce belon dengan harapan bukaan untuk laluan baby makin bertambah. Malangnya progress hanya bertambah 1 cm menjadikan bukaan hanya 2 cm sahaja.


8. Dari hari pertama isteri masuk ward tidur saya tidak lena seperti tidur tidur ayam kerana menantikan setiap update dari isteri dari masa ke semasa. Lagi-lagi ini merupakan kandungan pertama isteri saya jadinya perasaan risau dan gelisah makin membuak-buak.


9. 31.1.21 hari ahad tiada sebarang update dari isteri lagi sebab dia sudah di masukan ke dalam ward bersalin. Dan hanya sempat update yang dia terpaksa kena czer sebab tiada progress bukaan lagi walau sudah tunggu 6-8 jam. Tidak lama kemudian dapat panggilan dari hospital keningau yang isteri kena cezer sebab bukaan tiada progress dan saya hanya mengiyakan sahaja jika itu yang terbaik untuk isteri dan baby.


10. Alhamdulillah sekitar jam 11.22 am dapat update dari isteri selamat melahirkan anak lelaki kami. Syukur kedua-dua sehat isteri dan baby. Jam 12.30pm hantarkan bubur untuk isteri dan cuba minta keizinan untuk azankan baby. Malangnya waktu utk azan baby hanya jam 3pm-4pm sahaja.



11. Jam 3pm saya kembali ke hospital untuk azankan my baby boy. Rasa sebak dan terharu mahu nangis ketika azankan dan qomat untuk baby saya. Maklumlah ini pertama kali dapat baby lain macam feel nya. Rasanya semua pun macam tu kali ada sedikit emotional ketika lihat baby untuk pertama kalinya. Azan baby pun kena ikut SOP hanya tunggu di bahgian luar pintu ward dan nurse akan tolong ambil baby untuk di azankan oleh papanya. Selesai azankan baby ambil tembuni kemudian basuh bersih-bersih campur garam sikit dan asam jawa, bilas dengan air bersih, balut dengan kain putih dan tanam sekitar 1-2 kaki.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post