-->

2 July 2015

Cara Bayar PTPTN Melalui CIMBCLICKS

Asalamualikum dan Salam Sejahtera

Sebelum ini saya ada kongsikan bagaimana cara bayar PTPTN melalui Maybank2u dengan semudah ABC!. Anda hanya perlu masukkan details no IC dan no Telefon peminjam sahaja.

Sebelum kita move on to the tutorial, just to let you all know yang PTPTN kini dah masuk CCRIS tau. Apa tu CCRIS, pihak bank akan record hutang anda dan akan menyebabkan anda tidak layak untuk mendapatkan sebarang pinjaman dari BANK di sebabkan kes PTPTN anda yang tidak pernah terbayar. Kalau anda langsung tak pernah bayar PTPTN anda secara automatik dia masuk CCRIS.

Bila dan masuk CCRIS, secara automatik anda akan susah nak dapatkan pinjaman Kereta dan memiliki Rumah Pertama anda. Sekarang kalau nak beli rumah mesti kena buat loan melalui bank dengan tempoh pinjaman sekitar 20-35 tahun. Nak dapat pinjaman perumahan anda kena ada record yang baik dengan komitment hutang seperti PTPTN atau personal Loan.

Berikut adalah langkah mudah bayar PTPTN melalui CIMBCLICKS semudah ABCDEFGST!

Langkah 1:
Login ke lama rasmi CIMBCLICKS

Masukkan User ID Anda kemudian klik SUBMIT. Seterusnya masukkan password anda

Langkah 2:
Pada bahagian TAB Menu Pilih Pay >> Bills

Langkah 3:
Tick CIMB Clicks Kemudian taip PTPTN dan Pilih PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Langkah 4:
Masukkan maklumat yang diperlukan seperti NO IC, No Tel dan Jumlah yang Mahu ANDA bayar.
Kemudian klik Proceed to payment

Langkah 5:
Request TAC melalui SMS kemudian masukan kod TAC yang dikirim ke no fon ANDA
Kemudian Klik Confirm

Langkah 6:
Print Resit sebagai rujukan ANDA.
Kos yang dikenakan oleh BANK jika anda bayar melalui online adalah sebanyak RM0.53 termasuk GST.

BUKTI PEMBAYARAN SECARA ONLINE


UPDATE:
Pada 1 JULAI 2015 lepas saya ada melakukan pembayaran melalui CIMBCLICKS seperti yang saya tunjukkan dalam tutorial ini. 5 hari kemudian saya cek semula penyata baki pada laman rasmi PTPTN dan dapat lihat kemaskini pembayaran yang telah berjaya dilakukan.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post