-->

16 February 2018

Bukit Matanoi Keningau Sabah


Bukit Matanoi (Matanoi Hill) terletak di kg Matanoi Apin-Apin Keningau. Kalau korang sudah pernah pergi ke Bukit Trig maka tidak susah untuk jumpa Bukit Matanoi ni limpas beberapa KM dari Bukit Trig.


Apa yang best dekat Bukit Matanoi ni? Kalau sekadar mahu menguji kekuatan fizikal maka Bukit Matanoi bukan tempatnya, Bukit Matanoi memiliki pemandangan yang agak cantik walaupun jarak pendakian cuma sekejap sahaja.


Di puncak Bukit Matanoi terdapat topi gergasi dan juga kaki lima yang yang di bina menggunakan bamboo untuk korang bergambar ria bersama kawan-kawan.


Jika korang mencari pemandangan yang cantik maka jangan lepaskan peluang untuk menawan puncak bukit Matanoi yang tidaklah begitu mencabar jika di bandingkan dengan Bukit Trig


Walaupun korang tidak fit rasanya boleh juga sampai ke puncak. Anggap saja sedang menaiki tangga rumah 10 tingkat.


Sarang burung gergasi antara port menarik untuk mengambil gambar sebagai kenang kenangan kerana berlatar belakangkan pemandangan gunung-gunung menghijau.


Kalau mw dapat view yang lebih lawa datang masa matahari mahu terbenam. Kami naik masa pagi dan waktu tu mendung jadi tak dpt lah view sunset.


Sarang Burung ni paling laku keras, dan dikatakan tempat wajib begambar bila sampai puncak.


Yang belum pernah cuba bolehlah ke apin-apin keningau untuk menawan bukit matanoi. Bayaran masuk sebanyak RM3. Terdapat 2 atau 3 laluan yang berbeza, mostly akan guna laluan tangga untuk naik supaya cepat sampai.


Paling penting jangan lupa begambar di sarang burung dan signboard Bukit Matanoi tu. Selamat mencuba confirm sampai tu walaupun gemuk dan obesiti.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post