-->

23 October 2013

Tips Memilih Pemimpin Perwakilan Pelajar


Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

PRK atau lebih di kenali lagi dengan nama panjangnya Pilihan Raya Kampus. Saya mula terdedah dengan suasana PRK bermula dari tahun pertama pengajian. Saya dah rasa asam, manis, pedas dan pelbagai rasa suasana pilihan raya kampus.

Ada seorang sahabat bertanya dengan saya, bagaimana untuk memilih seorang Pemimpin Perwakilan Pelajar dengan baik? Saya tertarik dengan soalan ini lantas memutuskan untuk mengulas lebih lanjut berkenaan soalan ini memandangkan PRK di setiap kampus sudah mahu bermula dan kehangatannya jelas terasa.

Saya akan bahas beberapa aspek yang perlu di titikberatkan

1. Rupa paras bukan ukurannya.

Pemimpin atau pun calon yang bertanding yang memiliki wajah yang tampan atau cantik sebenarnya adalah aspek yang anda tidak perlu pandang. Mengikut kepada analisa, trending pengundian mahasiswa/I yang tidak mengenali kesemua calon yang bertanding menggunakan alternative ini sebagai panduan untuk mereka memilih calon. Pada saya ini adalah salah kerana anda hanya berpeluang memilih wakil pelajar setahun sekali saja dan calon yang mendapat undian anda adalah calon yang benar-benar layak dan bakal memperjuangkan hak anda sebagai mahasiswa.

2. Mengundi bukan kerana Parti tapi CALON

Sekiranya dalam politik sebenar, kita dapat lihat parti-parti yang berbeza-beza dari segi idealogi. Kebanyakan polar pengundian turut di pengaruhi oleh kekuatan parti or idealogi. Kalau melihat kepada pimpinan kampus, ia terbahagi kepada tiga iaitu Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa dan Pro Bebas. Saya tidak akan explain secara details perjuangan mereka, anda boleh google sendiri. Saya sebenarnya tidak suka melihat ldealogi yang berbeza menjadikan kita bermasam muka bila bertembung. Jangan kerana perbezaan ideology  sahabat sendiri di pulau [dipinggirkan]. Sebagai mahasiswa anda perlu bijak memilih calon, sekiranya ada calon yang anda kenali tetapi cara beliau menjalankan tugas tidak berapa baik? Adakah dia layak mendapat undi anda? Saya pasti anda tahu jawapannya.

3. Mengundi kerana aura Pimpinan yang luar biasa.

Bagaimana kita mengkelaskan seseorang pemimpin? Adakah melalui penampilannya? Atupun melalui kata-katanya? Kalau ditanya bagaimana saya menilai seorang pemimpin adalah berdasarkan dengan gerak kerja pelaksanaannya. Bagaimana dia mengendalikan sesebuah organisasi yang mampu bergerak memperjuangkan hak mahasiswa dan bukan sebagai pemimpin yang atas nama sahaja. Pemimpin atas nama? Yep, pernah terjadi bila dah naik jadi wakil pelajar pastu senyap dan menghilangkan diri. Pilihlah pemimpin yang anda rasa yakin dengan perjuangan yang beliau bawa. Anda boleh menilainya melalui Rapat UMUM sekiranya anda tidak mengenali sama sekali calon yang bertanding terutamanya khusus buat pelajar tahun satu.

4. Publisiti Kuat, Pelaksanaan Tiada.

Antara aspek yang kadang kali menjadi perbualan hangat mahasiswa. Apa tidaknya bila PRK dah nak dekat, pelbagai isu menjadi perbualan hangat di laman social seperti Facebook. Tidak kurang juga dari segi pelaksanaan mengupload gambar-gambar, ataupun bakal calon MPP yang bakal bertanding. Untuk di dedahkan kepada mahasiswa tahun 1 khususnya supaya lebih mengenali wajah-wajah yang bakal bertanding tak kira calon dari Pro Aspirasi mahupun Pro Mahasiswa. Perkara sebegini adalah perkara yang pada kebiasaannya berlaku setiap tahun apabilanya menjelangnya Pilihan Raya Kampus. Bagi calon bebas pula, publisiti mereka agak kurang mungkin di sebabkan kekurangan jentera ataupun terpaksa menjadi jentera untuk diri sendiri (2 in 1). Apa yang ingin saya katakana disini adalah minda kita mudah dipengaruhi oleh publisiti yang luar biasa tetapi sebagai mahasiswa anda tahu siapa yang layak menggalas tugas berat sebagai perwakil;an pelajar tak kira calon sekolah mahupun UMUM.

5. Pengaruh Rakan SISWA.

Sudah pasti pengaruh rakan siswa turut memainkan peranan penting untuk anda menentukan calon yang menjadi pilihan anda. Tidak semua kata-kata rakan kita adalah benar dan tepat mengenai calon. Jadi sekiranya anda adalah seorang yang berpendirian teguh dan mempunyai cara sendiri dalam menentukan calon pimpinan pelajar anda, pengaruh rakan siswa sama sekali tidak akan mempengaruhi pendirian anda.

Secara kesimpulannya pengundian hendaklah di lakukan dengan baik dan betul. Takut-takut nanti anda sendiri yang rugi. Biarlah PRK tahun ni Nampak adil dan telus. Barulah mantap dan meriah. Tidak mahu terjadi seperti tahun lepas yang ada calon takde gambar dalam system. Please Mohon Sangat2..

P/S sila pilih calon anda berdasarkan kepimpinan yang dimiliki oleh calon tersebut. Sokonglah Calon yang bertanding tak kira Pro A, Pro M or Pro B. SUARA ANDA, HAK ANDA!

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post