-->

26 April 2020

Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank2u


Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan dua kadar zakat fitrah tahun ini, RM6 dan RM7.50 seorang mengikut kemampuan pembayar zakat.

Kadar berkenaan mengambil kira keadaan semasa terutama kumpulan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi kumpulan ini, kadar ditetapkan lebih rendah iaitu RM6 bersamaan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras Myanmar 15 peratus hancur.

Zakat Fitrah sudah boleh dibayar mulai 1 Ramadhan hingga pagi raya sebelum Solat Aidilfitri. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bayaran zakat fitrah boleh dibuat secara online kerana ianya lebih selamat dan lebih mudah:

Langkah 1:

Pergi ke laman rasmi Maybank2u, Masukkan username kemudian klik Login

Langkah 2:

Masukkan password dan tekan login.

Langkah 3:
Klik pada menu Pay & Transfer

Langkah 4:
Masukkan kata kunci "Zakat" pada bahagian New payment. Seterusnya pilih pusat Zakat mengikut negeri masing2. Kalau bagi negeri Sabah pilih Pusat Zakat Sabah (MUIS)

Langkah 5:
Masukkan jumlah yang wajib di bayar dan no telephone. Jenis Zakat pilih Zakat Fitah kemudian klik Pay

Langkah 6:

Jumlah yang anda bayar akan terpapar dan save resit sebagai rujukan di masa mendatang. Saya bayar RM15 sebab sekali dengan isteri iaitu utk 2 org individu.

NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post